Tuesday 31 January 2012

SALAM TAARUF (^^,)

SALAM TAARUF(^^,)

:: comelkan mereka-mereka  semua..huhuhu.. ::
BISMILLAH..Nama diberi Mohd Haziman bin Mad Zaid…Putera kepada pasangan
 Haji Mad Zaid dan Hajah Thuwaibah..Asal Negeri Sembilan Darul Khusus 
(anak nogoghi ni)..huhuhu..

 ::Insan paling bermakna dalam diri ini::

OK,NAK TAHU TENTANG PENDIDIKAN SAYA??
Mari-mari!!huhuhu..Memulakan
 pengajian di Sekolah Kebangsaan Tampin.Kemudian,
pada usia 13 tahun,saya meneruskan pengajian di Institut 
Tahfiz Al-Quran,Gemencheh,Negeri Sembilan(ITQAN)sehingga peringkat diploma.Best sangat saat melangkah ke sekolah menengah ni..nak tau sebab apa??sebab utama adalah ALLAH bagi peluang pada saya menghafal ayat-ayat cintaNYA..Alhamdulillah,saya habis menghafal Al-Quran ketika berusia 17 tahun..Terima kasih kepada tenaga pengajar di ITQAN yang banyak memberi bimbingan pada diri ini..Al-Quran lah sahabat sejati saya sehingga sekarang..Seterusnya pengajian saya diteruskan ke peringkat ijazah di Maahad Qiraat Shoubra,Mesir.Alhamdulillah:)

   :: Ini lah musolla(surau) ITQAN..subhanALLAH,rindunyee ::


:: Bersama member di ITQAN(saya berdiri tepi sekali) ::

  :: alhamdulillah dapat mengerjakan haji bersama sahabat-sahabat..Ya ALLAH,semoga diri ini diberi peluang 
menjadi tetamuMU lagi.AMEEN::

SEKARANG….Saya seorang pendidik di MRSM Pontian..Alhamdulillah..:)Thank you 
Allah for everything..Dulu belajar,sekarang mengajar pula..huhuhu..tapi sebenarnya dalam mengajar kita juga belajar..Ingat pesan ayah sampai sekarang“Angah,bekerjalah lillahi TAALA”.Betul juga kata ayah,hidup ini pasti indah bila segalanya kerana ALLAH.. Nak tahu tak?Sebenarnya,ayah saya juga seorang guru yang mana sekarang memegang jawatan sebagai 
Guru Penolong Kanan.

DALAM MASA YANG SAMA..Saya juga menyambung pelajaran peringkat diploma dalam bidang pendidikan dibawah Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI)..Waktu  cuti sekolah,sessi kuliah di Bangi dan waktu sekolah,selepas habis sessi mengajar,ke Batu Pahat untuk Video Conference ..jarak pontian ke batu pahat,lebih kurang 1 jam setengah..HEBATKAN SAYA??huhuhu..Haziman kene ingat!!ALLAH bagi sebab kita mampu..Allah Maha Mengetahui rencana hidup ini..:)so senyum selaluuu…

::Seutas senyuman yang ikhlas itu ibadah::
(gambar waktu konvokesyen bersama rakan-rakan)