Tilawah

Tilawah Tingkatan 4- Manusia Perlu Bersyukur

 Firman Allah yang bermaksud:
Tidakkah mereka memerhati dan memikirkan berapa banyak umat-umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (umat-umat itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi (dengan kekuasaan dan kemewahan) yang tidak Kami berikan kepada kamu, dan Kami turunkan hujan atas mereka dengan lebatnya, dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka dengan sebab dosa mereka mereka, dan Kami ciptakan sesudah mereka, umat yang lain?
(Surah al-An’am 6:6) 
Huraian ayat:
1.                  Mensyukuri nikmat Allah.

Allah telah melantik manusia sebagai khalifah di muka bumi dan menyediakan pelbagai kemudahan yang berupa nikmat kepada manusia yang tidak terhingga di dunia ini. Sebagai manusia, segala nikmat yang diberikan wajib disyukuri. Antara nikmat Allah yang diberikan kepada manusia:

i.                    Iman
ii.                  Islam
iii.                Kemakmuran
iv.                 Kemerdekaan
v.                   Kesihatan
vi.                 Keamanan
vii.               Akal fikiran

            Cara bersyukur kepada Allah adalah melalui 3 cara: 

i.                     Hati : Sentiasa mengingati Allah yang memberi nikmat.
ii.                   Tubuh badan : Menggunakan nikmat itu untuk kebaikan
iii.                  Lidah : Mengucapkan Alhamdulillah ketika mendapat nikmat.

2.                   Iktibar daripada kisah-kisah terdahulu.
               
i.                     Kaum ‘Ad

Mereka diberikan tanah yang subur dan kemewahan hasil tanaman tetapi mereka menolak ajaran Nabi Hud a.s. Mereka dibinsakan oleh Allah disebabkan kekufuran dengan angin putting beliung yang memusnahkan diri dan harta. Ini dirakamkan dalam al-Quran:

Maksudnya : Adapun Aad (kaum Nabi Hud), maka mereka telah dibinasakan dengan angin ribut yang kencang, yang melampau kencangnya,
(al-Haqqah 69:6)
ii.                  Kaum Tsamud

Mereka dianugerahkan kekayaan dan kemewahan hidup tetapi mereka angkuh dan menuduh Nabi Salih a.s. sebagai pendusta. Mereka dibinsakan dengan halilintar yang kuat dan gempa bumi yang dahsyat:

Maksudnya : Maka (masing-masing menerima azab dunianya) - adapun Thamud (kaum Nabi Soleh), maka mereka telah dibinasakan dengan (petir) yang melampau dahsyatnya.
(Surah al-Haqqah 69:5)
iii.                Kaum Luth

Mereka diberikan kehidupan yang mewah tetapi mereka menolak ajaran Nabi Luth a.s. serta melakukan hubungan sejenis (homoseks/liwat). Allah membinasakan mereka dengan menterbalikkan negeri mereka. Firman Allah:

Maksudnya : Maka apabila datang (masa perlaksanaan) perintah Kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu diterbalikkan (tertimbus segala yang ada di muka buminya) dan Kami menghujaninya dengan batu-batu dari tanah yang dibakar, menimpanya bertalu-talu.
(Surah Hud 11:82)
Segala kemewahan, kekuasaan, kehebatan yang ada pada kaum tersebut tidak dapat melidungi mereka daripada azab Allah. Oleh itu, kita hendaklah menggunakan nikmat Allah untuk mengabdikan diri kepada-Nya sebagai tanda bersyukur.

3.                  Manusia dilantik sebagai khalifah.

Allah telah melantik manusia sebagai khalifah di muka bumi ini. Antara tugas mereka ialah; menegakkan agama Islam, mengurus dan memakmurkan manusia dan alam. Contohnya: mengusahakan tanaman, membangunkan industri makanan halal. Tugas-tugas tersebut memerlukan kepada ilmu dan kemahiran dan dilakukan mengikut peraturan dan prinsip undang-undang yang ditetapkan oleh Allah. Jadi kita sebagai manusia perlulah mengamalkan sikap ihsan di dalam urusan.

Manusia yang menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan amanah dan sempurna akan mendapat kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Manusia yang gagal menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan amanah akan menerima balasan daripada Allah.

4.                  Pengajaran ayat

i.                    Allah membinasaka kaum-kaum terdahulu disebabkan mereka kufur dan mendustakan agama Allah.
ii.                  Kebinasaan dan kemusnahan yang berlaku kepada manusia adalah akibat perbuatan mereka sendiri dan tidak mensyukuri nikmat Allah.
iii.                Kita hendaklah mengambil iktibar daripada kaum-kaum terdahulu yang dibinasakan oleh Allah.
iv.                 Kita hendaklah mengurus dan mentadbir alam ini dengan sebaik-baiknya berlandaskan syariat.


LATIHAN UNTUK PELAJAR 
1.                  JELASKAN TIGA PELAJARAN YANG BOLEH DIAMBIL DARIPADA AYAT 6 SURAH AL-AN’AM. 
2.                  KATEGORIKAN CARA MENSYUKURI NIKMAT ALLAH SERTA CONTOHNYA. 
3.                JELASKAN FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG MANUSIA MELAKUKAN KEMUNGKARAN. 
4.                  TERANGKAN BAGAIMANA ANDA MESYUKURI NIKMAT ALLAH DI MAKTAB. 

UNTUK RUJUKAN TAMBAHAN, SILA KLIK DI SINI