Hadis

Hadis 1-Tingkatan 4 Makanan Yang Baik




   



عن أبي هريرة ، قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : " أيها الناس ، إن الله طيب لا يقبل إلا طيبا ، وإن الله أمر المؤمنين بما أمر به المرسلين ، فقال : يا أيها الرسل كلوا من الطيبات واعملوا صالحا ، إني بما تعملون عليم وقال : يا أيها الذين آمنوا كلوا من طيبات ما رزقناكم ثم ذكر الرجل يطيل السفر أشعث أغبر ، يمد يديه إلى السماء ، يا رب ، يا رب ، ومطعمه حرام ، ومشربه حرام ، وملبسه حرام ، وغذي بالحرام ، فأنى يستجاب لذلك ؟

Maksudnya : Daripada Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda : Sesungguhya Allah itu baik, Dia tidak menerima melainkan yang baik. Sesunggunya Allah memerintahkan orang mukmin dengan apa yang diperintahkan-Nya kepada semua rasul dengan firman-Nya seperti yang tersebut dalam al-Quran yang bermaksud, “Wahai sekalian rasul! Makanlah makanan yang baik dan beramallah dengan amalan yang soleh”. Firman-Nya lagi, “ Wahai sekalia orang yang beriman! Makanlah makanan yang baik yang telah Kami beri rezeki kepada kamu”. Kemudian baginda menyebutkan seorang lelaki yang jauh perjalanannya, kusut masai rambutnya dan berdebu mukanya menghulurkan kedua tangannya ke langit (berdoa), “Wahai Tuhanku!” Padahal makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram dan mulutnya disuapkan dengan yang haram. Maka, bagaimana akan diperkenankan doanya.
(Riwayat Muslim)

Ciri makanan yang baik
  • Makanan mengandungi pelbagai zat
  • Dari jenis yang halal menurut syarak
  • Tumbuhan yang halal kecuali yang memudaratkan
  • Haiwan yang halal dan disembelih
Hikmat memilih makanan yang baik
  • Menjaga kesihatan badan
  • Memelihara kewarasan akal
  • Dimakbulkan doa
  • Menjauhi seksaan neraka
Sebab doa tidak dimakbulkan Allah
  • Pengambilan makanan dan minuman yang haram
  • Berpakaian tidak menutup aurat
  • Solat yang dilakukan tidak sempurna
Rukhsah makan dan minum yang haram
  • Terdapat makanan dan minuman yang haram sahaja
  • Makanan dan minuman sekadar menyelamatkan nyawa
  • Makan dan minum bukan untuk kenyang